KRAF TRADISIONAL
TEKAT
Pengenalan
Seni tekat dikenali juga dengan nama
bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar (jenis
baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu,
mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat.
Sejarah
dan Perkembangan
Asal-usul dan perkembangan tekat
secara langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga
raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal
kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan
penggunaan sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan
Baba Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka.
Hingga ke hari ini seni tekat masih
dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul
Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang banyak sekali
mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Terdapat beberapa jenis tekat
yang dikerjakan oleh pandai tukang menekat. Antaranya ialah tekat timbul benang
emas, tekat gubah dan tekat perada.
Pada masa dahulu, istana merupakan
penggerak utama pertumbuhan kraf seni tekat.Ramai pandai-pandai tukang tekat
dijaga oleh pihak istana. Ini adalah kerana kelengkapan istana memerlukan tekat
benang emas. Tekat benang emas menampakkan kemewahan dan keagungan. Ramai
pandai tukang pada masa itu membuat tekat untuk kegunaan istana. Secara
langsung istana telah menggalakkan kraf tangan seni tekat. Setelah wujudnya
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia,perusahaan menekat dimajukan lagi
dengan program-program latihan, promosi, ciptaan yang baru, galakan pengeluaran
dan menjual hasil ke luar negara.
Tekat terus berkembang dengan hasil mutunya
yang terjamin.
Promosi yang dijalankan pada masa sekarang
oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Perbadanan KemajuanNegeri Perak
dan industri pelancongan telah mendorong tukang sebu untuk menghasilkan
ciptaan-ciptaan yang lebih bermutu dan berterusan. Secara langsung, kehalusan dan
keunikan seni tekat dapat membantu memperkenalkan mutu seni tersebut kepada
masyarakat tempatan dan pelancong luar.
1. Pemidang Kayu - digunakan untuk meregang kain dasar bagi memudahkan sulaman di samping mengelakkan kedutan atau lipatan. Ukuran pemidang bergantung pada lebar kain dasar atau jenis barang yang hendak dihasilkan.
2. Cuban[laola] - ialah jarum besar untuk melilit benang emas atau perak.
3. Benang - digunakan untuk menekat. Biasanya benang emas, benang perak, benang putih atau benag kapas dan benag pelbagai warna. Benang yang digunakan ini adalah sama dengan benaang untuk membuat songket. Benang emas dan perak digunakan sebagai benang hiasan manakala benang putih digunakan untuk mengetatkan kedudukan tekat emas pada mempulur. Benang petih tidak kelihatan pada permukaan kain.
4. Irasan atau Kain Dasar - Kain yang sesuai untuk membuat kain dasar ialah yang berwarna terang. Kain baldu berwarna merah dan biru paling banyak digunakan oleh para penekat di sampin warna merah tua, merah pulasan, biru tua, ungu, hijau dan hitam. Kain baldu ini dilapisi dengan sehelai kain kapas putih yang berfungsi untuk mengukuh dan mengemaskan sulaman benang.
5. Mempulur - digunakan sebagai bentuk atau struktur utama. Mempulur dibuat daripada rotan sega, kertas tebal dan gam.
TOKOH
TEKAT
1. Ahdijah bt. Hasim
Ahdijah b. Hasim
adalah seorang tokoh kraftangan tekat yang telah dipilih oleh Perbadanan
Kraftangan Malaysia. Beliau juga dilantik sebagai Adiguru kerana kepakaran
dalam bidang tekat. Beliau mula belajar menekat daripada Ibunya bernama
Anatishaah bt. Bilai Din juga seorang tokoh tekat di Kuala Kangsar, Perak.
Beliau juga banyak menerima tempahan tekat antaranya ialah daripada Sultan
Perak, Sultan Johor, Sultan Selangor dan Baju penabalan Yang Di Pertuan Agong.
2. Hajah Azizah
bt. Mohd Yusof
Hajah Azizah
berasal dari Kg. Panang Changkat, Bukit Candan, Kuala Kangsar Perak. Kemahiran
menekat adalah di warisi dari ibu dan warisan keluarga sejak turun temurun.
Sekarang beliau menumpukan sepenuh masa dalam perusahaan menekat. Sebelum ini
beliau adalah seorang jurulatih di Perbadanan Kraftangan Cawangan Perak. Beliau
pernah mewakili negara ke Jepun, Arab saudi dan Brunei untuk membuat demontrasi
JENIS-JENIS TEKAT
1. Tekat Timbul Bunga Emas
Tekat ini
menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif.Mempulur ialah
kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang
emas akan menutupi mempulur di atas kain baldu.
Tekat gubah
tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan. Pandai tukanghanya menyulam
dan membentuk corak motif melalui benang merah yang dipanggil benang untina. Hiasan corak tekat gubah
diiringi dengan labuci dan manik-manik. Kain dasar tekat gubah adalah dari kain
biasa. Kegunaan gubahan tekat ialahmenghiasi tudung saji, tepak sirih, kasut
pengantin, sejadah, penutup pahar, peralatan upacara perkahwinan, lemudi pintu,
pakaian diraja dan sebagainya.
(Bahan asas
penting untuk mencipta tekat ialah benang emas, benang putih dan kain dasar
dari jenis kain baldu. Di samping itu terdapat juga bahan dari rotan sega,
kertas tebal dan kanji (gam) yang digunakan untuk mempulur. Penggunaan mempulur
akan menjadikan bentuk sulaman timbul. )
PROSES
MENEKAT
1 1. Proses pertama ialah membentuk
empulur. Bentuk motif dilukis di atas beberapa helai kertas yang dilekat tindih
antara enam hingga lapan helai.
2. Kemudiannya bentuk motif ini dipotong dan
diasingkan. Lebar tiap-tiap batang mempulur kertas dibuat antara 0.5 sentimeter
dan 0.25 sentimeter.
3. Mempulur daripada kertas
digunakan untuk membentuk motif tumbuhan dengan gaya organik. Corak yang
terhasil daripada mempulur rotan sega bercorak banji atau corak kisi-kisi dan
corak dangai atau catur.
4.Seterusnya, kain dasar yang
tebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang berbulu halus dan berkilat
ditegangkanpada pemidang kayu. Kain baldu yang selalu digunakan daripada warna
gelap seperti merah pulasan, merah tua, ungu, hijau tua dan hitam.
2 5.Pemidang kayu pula ada dua
jenis iaitu pemidang berkaki dan tanpa kaki. Ukuran pemidang bergantung kepada
reka bentuk yang diingini.
3 6.Baldu yang ditegangkan pada
pemidang disambungkan dengan kain putih yang diikatkan ke bingkai pemidang.
Oleh itu, baldu n menjadi tegang.
1 7.Selepas itu, benang emas akan
ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui jarum yang sedang matanya.
Ukuran jarum menentukan ikatan supaya tidak meninggalkan kesan lubang pada kain
dasar.
2 8.Jarum akan dicucuk agak ke
dalam dari bawah batang mempulur. Ikatan benang putih mestilah ketat dan kukuh.
Setiap kali merentas, benang-benang emas haruslah disusun rapat-rapat supaya
batang mempulur tidak kelihatan dari atas.
3 9.Sulaman akan kelihatan lebih
teratur dan kemas.
MOTIF SENI TEKAT
1.MOTIF FLORA -
Motif flora sangat digemari di samping motif fauna
dan geometri. Tumbuhan menjadi pilihan ialah tumbuhan menjalar, terutamanya
bunga, daun, akar menjalar dan kudup bunga.
Motif tumbuhan ini dimanipulasi dan diubahsuai
menjadi variasi yang menarik. Contoh motif flora yang biasa digunakan ialah
bunga cempaka, bunga asam batu, bunga bakung, bunga bercula kelopak pecah
lapan, bunga kenanga, bunga pecah lima, bunga raya, bunga teratai, bungan atau
buah delima, daun bunga jermin, daun keladi, daun peria, daun atau buah padi
dan daun atau pucuk paku.
2. MOTIF FAUNA
Motif haiwan yang kerap digunakan ialah ayam, itik,
serangga dan unggas. Motif ini selalunya diolah atau digabungkan dengan motif
flora.
3. MOTIF GEOMETRI
Motif geometri digemari kerana lebih mudah dan
ringkas. Antara motif geometri yang popular ialah segi tiga pucuk rebung, segi
empat, garisan lurus, swastika, gandaan huruf 'S' dan sebagainya.
|
Seni Tekat Melayu
|
Seni Tekat Masyarakat Cina Peranakan
|
Motif Hiasan
|
Mengutamakan motif flora.Sedikit rupa bentuk
geometri dan unggas yang bergaya kesanawan larat.
|
Mengutamakan motif haiwan.Contoh: ular, naga dan ‘Hong’,sejenis
ular yang besar dancantik. Motif unsur flora dankosmos sering
digunakansebagai hiasan tambahan.
|
Reka Corak
|
Reka corakMotif-motif disusun tunggal(menggunakan
satu motif sahaja)atau disusun secara menjalar seperti tumbuhan melata,
atauberbentuk susunan awan laratsehingga menimbulkan kesankesatuan yang
harmoni.Terdapat juga motif yang diulang-ulang menjadi corak dalambentuk
panel.(a)Kain irisanKain baldu.
|
Susunan kelihatan menyeluruhdengan satu motif
utama(biasanya haiwan) dikelilingimotif-motif kecil seperti awan,bunga, daun,
kupu-kupu dansebagainya. Rupa geometriyang diulang-ulang seringdigunakan
untuk hiasan tepiatau sebagai bingkai.Kain sutera dan kasa.
|