PRINSIP
REKAAN
Prinsip
rekaan merujuk kaedah dan teknik susunan
atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam
gubahan seni visual. Terdapat tujuh prinsip rekaan , antaranya
harmoni , kontra , penegasan , imbangan , irama dan pergerakan , kesatuan, dan kepelbagaian
.
1. Harmoni
* Dalam
istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang
sesuai
dan seimbang. Harmoni tidak akan muncul jika tedapat ciri-ciri yang
bercanggah.
* Dalam
istilah bahasa harmoni membawa maksud aman , tenang , teratur
dan damai.
*
Aplikasi warna dari kumpulan yang sama dapat menimbulkan gambaran harmoni
dalam sesuatu gubahan.
*
Aplikasii prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna
pada pandangan.
* Kontra
wujud apabila terdapat unsur-unsur seni yang bertentangan atau
bercanggahan dalam sesuatu gubahan.
* Aplikasi prinsip rekaan kontra akan
menimbulkan daya tarikan, kerana ciri-ciri
yang bertentangan akan menimbulkan perbezaan.
* Penegasan dalam konteks
Pendidikan Seni Visual adalah merupakan sesuatu
yang boleh memberi tumpuan kepada pemerhatian
tampak.
*.Penegasan
pada sesuatu objek pada alam semula jadi
dapat berfungsi dengan
sepenuhnya
sekiranya objek tersebut dapat menarik perhatian seseorang.
*.Penegasan
sememangnya dapat menonjolkan sesuatu unsur atau objek dalam
sesuatu hasil karya yang dapat menarik
perhatian.
*Aplikasi
prinsip rekaan penegasan akan memberikan daya tumpuan yang lebih
terhadap unsur seni tersebut.
*
Imbangan bermaksud keadaan yang berpadanan dari segi berat , tarikan , dan
tumpuan perhatian.
*Aplikasi
prinsip ini akan memberikan tumpuan yang sekata pada hasil karya dengan
tidak membiarkan ruang kosong yang ketara.
*terdapat
dua jenis imbangan :
1. Imbangan simetri – wujud apabila unsur-unsur
yang ada pada bahagian kiri dan
kanan atau atas dan bawah dalam satu
komposisi itu sama. Aplikasi imbangan
simetri akan menghasilkan kesan yang lebih
stabil, kukuh dan kelihatan formal.
2.Imbangan
tidak simetri – wujud apabila sesuatu gubahan itu mempunyai unsur
yang sama atau berlainan tetapi berbeza
dari segi penampilannya
* Irama dan pergerakan ialah satu kesan ilusi yang wujud daripada
perulangan
susunan satu atau lebih objek secara berterusan untuk
menimbulkan harmoni
Objek
yang tersusun itu adalah objek utama dan berbeza dengan latar.
*Fungsi
irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan
realistikterhadap sesuatu gubahan.
6. Kesatuan.
*
Kesatuan ialah penggabunggan prinsip rekaan dan unsur seni dalam usaha
melahirkan sesuatu rekaan seni visual yang
sempurna lagi baik.
*Penggabungan
ini selalunya menjurus kepada tema dan idea yang sama yang
Saling lengkap-melengkapi antara satu sama
lain.
*Fungsi
Kesatuan
a. Menghasilkan karya yang lebih lengkap,
teratur dan sempurna.
b. Menimbulkan suasana yang tenteram dan
selesa
c. Menjadikan karya lebih menarik.
d. Menjadikan karya penuh dengan unsur-unsur
seni.
CONTOH:
Logo,ilustrasi,lambang,corak,komik,grafik dan lain-lain.
7. Kepelbagaian
* Kepelbagaian
ialah hasil karya yang mempunyai penggabungan pelbagai
gaya,nilai dan idea,yang berbeza dalam
sesuatu gubahan.
*Kepelbagaian
merujuk kepada keadaan yang mempunyai penggabungan pelbagai
gaya,nilai dan idea yang berbeza dalam suatu
gubahan.
* Kepelbagaian
dapat diwujudkan melalui aktiviti gayaan,perlanjutan dan kontra.
* Aplikasi
prinsip rekaan kepelbagaian dalam karya seni visual dapat memberi
gaya,variasi tenaga,dan daya tarikan bagi
gubahan itu.
*Keadaan
yang mempunyai penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang
berbeza dalam sesuatu gubahan.
*Kepelbagaian
dapat diwujudkan melalui aktiviti gayaan, lanjutan dan kontra.
*Aplikasi
prinsip rekaan kepelbagaian dalam karya seni visual memberi gaya,
variasi, tenaga dan daya tarikan bagi gubahan
itu.
*Aplikasi
prinsip irama dan pergerakan dalam kegiatan menggambar dapat
menghasilkan irama dan suasana yang tertentu,
gambar jadi lebih menarik,
menimbulkan daya tarikan yang lebih menarik,
menimbulkan kesan visual yang
lebih hidup dan realistik.
Rujukan daripada buku-buku dan muat turun
daripada internet.