Powered by Blogger.

Wednesday, 22 May 2013

PRINSIP REKAAN


PRINSIP REKAAN

Prinsip rekaan merujuk kaedah dan teknik susunan  atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual. Terdapat tujuh prinsip rekaan  , antaranya  harmoni , kontra , penegasan , imbangan , irama dan pergerakankesatuan, dan kepelbagaian .

1. Harmoni

* Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang
   sesuai dan seimbang. Harmoni tidak akan muncul jika tedapat ciri-ciri yang
   bercanggah.
* Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman , tenang , teratur
   dan damai.
* Aplikasi warna dari kumpulan yang sama dapat menimbulkan gambaran harmoni
   dalam sesuatu gubahan.
* Aplikasii prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang  sempurna

   pada pandangan.



 2. Kontra


* Kontra wujud apabila terdapat unsur-unsur seni yang bertentangan atau
   bercanggahan dalam sesuatu gubahan.
*  Aplikasi prinsip rekaan kontra akan menimbulkan daya tarikan, kerana ciri-ciri
   yang  bertentangan akan menimbulkan perbezaan.


 3. Penegasan


* Penegasan dalam konteks Pendidikan Seni Visual adalah merupakan sesuatu
  yang  boleh memberi tumpuan kepada pemerhatian tampak.
*.Penegasan pada  sesuatu objek pada alam semula jadi dapat berfungsi dengan
   sepenuhnya sekiranya objek tersebut dapat menarik perhatian seseorang.
*.Penegasan sememangnya dapat menonjolkan sesuatu unsur atau objek dalam
  sesuatu hasil karya yang dapat menarik perhatian.
*Aplikasi prinsip rekaan penegasan akan memberikan daya tumpuan yang lebih
 terhadap unsur seni tersebut.




 4. Imbangan


* Imbangan bermaksud keadaan yang berpadanan dari segi berat , tarikan , dan
   tumpuan perhatian.
*Aplikasi prinsip ini akan memberikan tumpuan yang sekata pada hasil karya dengan
  tidak membiarkan ruang kosong yang ketara.
*terdapat dua jenis imbangan :

1. Imbangan simetri – wujud apabila unsur-unsur yang ada pada bahagian kiri dan
    kanan atau atas dan bawah dalam satu komposisi itu sama. Aplikasi imbangan
    simetri akan menghasilkan kesan yang lebih stabil, kukuh dan kelihatan formal.

 2.Imbangan tidak simetri – wujud apabila sesuatu gubahan itu mempunyai unsur
    yang sama atau berlainan tetapi berbeza dari segi penampilannya



 5. Irama dan pergerakan.


* Irama dan pergerakan  ialah satu kesan ilusi yang wujud daripada perulangan
   susunan satu atau  lebih objek secara berterusan untuk menimbulkan harmoni
  Objek yang tersusun itu adalah objek utama dan berbeza dengan latar.
*Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan
  realistikterhadap sesuatu gubahan.
*Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dan sebagainya.        



   
6. Kesatuan.

* Kesatuan ialah penggabunggan prinsip rekaan dan unsur seni dalam usaha
  melahirkan sesuatu rekaan seni visual yang sempurna lagi baik.
*Penggabungan ini selalunya menjurus kepada tema dan idea yang sama yang
  Saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.
*Fungsi Kesatuan

  a. Menghasilkan karya yang lebih lengkap, teratur dan sempurna.
  b. Menimbulkan suasana yang tenteram dan selesa
  c. Menjadikan karya lebih menarik.
 d. Menjadikan karya penuh dengan unsur-unsur seni.

    CONTOH: Logo,ilustrasi,lambang,corak,komik,grafik dan lain-lain.


7. Kepelbagaian

* Kepelbagaian ialah hasil karya yang mempunyai penggabungan pelbagai  
  gaya,nilai dan idea,yang berbeza dalam sesuatu gubahan.
*Kepelbagaian merujuk kepada keadaan yang mempunyai penggabungan pelbagai
  gaya,nilai dan idea yang berbeza dalam suatu gubahan.
* Kepelbagaian dapat diwujudkan melalui aktiviti gayaan,perlanjutan dan kontra.
* Aplikasi prinsip rekaan kepelbagaian dalam karya seni visual dapat memberi
   gaya,variasi tenaga,dan daya tarikan bagi gubahan itu.
*Keadaan yang mempunyai penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang
   berbeza dalam sesuatu gubahan.
*Kepelbagaian dapat diwujudkan melalui aktiviti gayaan, lanjutan dan kontra.
*Aplikasi prinsip rekaan kepelbagaian dalam karya seni visual memberi gaya,
  variasi, tenaga dan daya tarikan bagi gubahan itu.
*Aplikasi prinsip irama dan pergerakan dalam kegiatan menggambar dapat
  menghasilkan irama dan suasana yang tertentu, gambar jadi lebih menarik,
  menimbulkan daya tarikan yang lebih menarik, menimbulkan kesan visual yang
  lebih hidup dan realistik.





                                     Rujukan daripada buku-buku dan muat turun daripada internet.

Thursday, 11 April 2013

Lukisan

Pengenalan  Lukisan


Lukisan adalah karya seni yang proses pembuatannya dilakukan dengan meletakkan pewarna "pigmen" cair dalam pelarut (atau medium) dan agen pengikat (lem) kepada permukaan (penyangga) seperti kertas, kanvas atau dinding. Ini dilakukan oleh seorang pelukis; definisi ini digunakan terutamanya jika ia merupakan karyanya. Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan tulisan. Sebagai contoh lukisan-lukisan yang berada di gua-gua tempat tinggal manusia pra sejarah. Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba. Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan. Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak.  
   
Contoh lukisan yang dijumpai di Gua Tambun, Ipoh Perak

Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.
       


Lukisan adalah proses yang ringkas dan cepat untuk merakam idea dan imej secara visual selepas pemerhatian rapi dibuat. Garisan, titik–titik , lorekan dan gurisan digunakan untuk merakam idea atau imej diatas kertas atau apa saja permukaan yang rata. Lukisan juga boleh diubahsuai atau diperkembangkan untuk membentuk hasil seni yang lain. Catan, cetakan, arca, seni grafik dan kraftangan adalah bermula daripada lukisan ringkas yang juga dikenali sebagai lakaran. Lukisan yang dihasilkan menerusi pengamatan, kajian dan imaginasi akan menghasilkan karya seni yang kreatif. Jadi, latihan yang banyak akan dapat melatih dan meningkatkan lagi nilai lukisan. Pemerhatian yang rapi dan teliti akan membolehkan seseorang pelukis merakam imej atau objek yang lebih bermakna lagi. Objek yang terdapat disekeliling kita samada objek semulajadi atau buatan manusia boleh dijadikan bahan dalam lukisan. Had masa melukis adalah tidak berapa penting. Biasanya, lukisan yang ringkas yang hanya memerlukan masa selama 10 minit mampu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk menghasilkan karya seni yang menarik . Lukisan yang menarik biasanya ialah hasil lukisan pelukis yang berminat atau mempunyai minat yang mendalam dalam berkarya. Objek yang dilukis kadangkala tidak semestinya menarik minat pelukis tetapi proses melukis serta kaedah baru seseorang pelukis melukis objek memperkembangkan lukisannya.

TEKNIK-TEKNIK LUKISAN
Antara teknik-teknik yang digunakan dalam menghasilkan lukisan termasuklah :
1.       Teknik garisan
2.       Teknik conteng/coreng(scribble lines)
3.       Teknik gosok
4.       Teknik titik ( dots )
5.       Teknik lorek ( shading )
6.       Teknik campuran

       

CONTOH-CONTOH KARYA ( LUKISAN CAT AIR )


              
             
        

Friday, 5 April 2013

Ukiran Kayu


UKIRAN KAYU

PENGENALAN


                
Ukiran kayu  atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.

SEJARAH UKIRAN KAYU TRADISIONAL

      Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran.

Hingga kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana-istana tersebut. Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu paling ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan. Di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dan Kedah adalah negeri yang mempunyai pengukir dari turun temurun. Dikata bahawa kebanyakan ukiran kayu adalah terpengaruh dengan motif ukiran negara Siam, kerana pada suatu masa dahulu negeri ni di bawah pengaruh Siam. Ini adalah berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan rumah-rumah lama banyak persamaan dengan seni ukir negeri Siam. Tidak menghairankan kalau dikatakan bahawa seni ukir di negara ini telah didatangi dari selatan negeri Thailand iaitu Patani.     



                                           
                                                     BENTUK-BENTUK UKIRAN


a.Ukiran Tebuk Tembus
                         
Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak. Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.

Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar, lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri.

b. Ukiran Bunga Timbul


                                          
Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat. Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada kayu, ulu serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk.

c. Ukiran Arca


Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur kelapa, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi lebih halus dan kecil.

  
d. Larik
Melarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya.


                       
d. Ukiran Kayu Hanyut
Ukiran ini di anggap masih baru. Ukiran idi diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf tangan Malaysia. Ukiran ini hanya sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu hanyut diukir pada bahagian-bahagian tertentu dan dibentuk menyelupai ikan, burung dan sebagainya. Kayu induknya di ambil dari kayu atau akar yang terdapat dalam sungai.
 







 

Total Pageviews

Plain White T's