APA ITU CATAN
Catan merupakan
hasil seni bahantara warna pada permukaan yang rata seperti bahan legap seperti
atau kanvas. Catan biasanya dihasilkan dalam bentuk dua dimensi sahaja. Bahan
warna yang biasa digunakan untuk menghasilkannya ialah cat air, cat minyak, poster colour atau akrilik. Bahan
pewarna dari tumbuh-tumbuhan pula seperti kunyit, pinang, inai, senduduk juga boleh
digunakan menghasilkan catan. Selain
dari pewarna dan berus, peralatan dan bahan-bahan lain yang menghasilkan catan
bahan lain juga dibenarkan jika ia boleh memberi kesan yang menarik dan menyeronokkan adalah
digalakkan . Catan selalunya berfungsi menceritakan sesuatu peristiwa atau
memberitahu sesuatu maksud, Catan juga membolehkan seseorang artis meluahkan
perasaan dan merakamkan gambaran pemikiran melalui imej visual yang diterjemahkan
dalam bentuk nyata atau abstrak.
Contoh-contoh catan
Seorang pelukis
terkenal, iaitu Wassily Kandinsky menyatakan, “setiap seni mempunyai bahasa
yang tersendiri, iaitu satu cara yang khusus bagi setiar catan. Setiap seni itu
merupakan suatu yang lengkap dengar sendirinya dan hidup dalam alamnya yang
tersendiri”. Biasanya bahan untuk catan cat air atau water colour banyak
menggunakan air dan menggunakan pengilat gam Arab. Cat air bersifat lutsinar,
ia juga boleh digelapkan sekiranya warna disapu beberapa kali atau tebal.
Manakala catan cat Minyak pula menggunakan turpentine atau bahan pengilapnya
ialah minyak linsid berfungsi mencairkan warna dan ia bersifat legap dan perlu
dicerahkan sedikit demi sedikit. Catan cat akrilik pula menggunakan air,
bersifat lutsinar dan legap juga boleh dicerah warnanya.
Antara
pelukis catan di Malaysia ialah Allahyarham Dato’ Syed Ahmad Jamal
Datuk Syed Ahmad Syed Jamal (19 September
1929 - 30 Julai 2011) adalah seorang pelukis
tersohor di Malaysia. Beliau adalah
pemenang anugerah Seniman Negara Malaysia 1995.
Syed Ahmad Jamal lahir pada 19 September
1929 di Bandar Maharani, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Tambatan
Rendah (1936-1938), sebelum ke Sekolah Tambatan Tinggi (1939), Ngee Heng
English School (1940), Bukit Zahrah English School dan English College, Johor
Bahru sehingga 1949.
Dengan bantuan biasiswa Sultan Ibrahim, beliau seterusnya melanjutkan
pelajaran di Birmingham School of Architecture (1950) sebelum mengambil
keputusan mengikuti pelajaran seni di Chelsea School of Art, London
(1951-1955).
Pada 1995 ,beliau dianugerahkan Hadiah Seni Negara. Pelbagai hadiah
dan anugerah diterima sepanjang penglibatannya dalam seni lukis. Lukisannya ada
dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur. Seterusnya dianugerah Seniman Negara. Dunia
catan tanah air semenjak tahun 30-an hingga tahun 50-an didominasi gaya
konvensional, Realis, Impresionis dan Ekspresionis. Pengaruh hasil kembara ilmu
seni di luar negara mendorong Syed Ahmad Jamal berkarya stail Ekspresionis
Abstrak dengan menggunakan idiom abstrak yang berasaskan kepada gerak isyarat
(gestural) dan emotif. Dalam konteks Malaysia, beliau dianggap pelukis pertama
yang menerokai catan non objektif melalui karya bertajuk "Umpan" (The
Bait), sebuah karya agung yang dihasilkan pada tahun 1959.
Dalam karya ekspresi-emotif bersifat alegoris ini, pengaruh lukisan
Cina, Barat serta khat Arabik jelas terpancar melalui sapuan deras berus yang
melahirkan bentuk-bentuk kaligrafik mujarad. Penggunaan awal tulisan Jawi di
dalam karya "Chairil Anwar" (1958) telah juga menjadikan Syed Ahmad
Jamal sebagai pelopor seni lukis khat cat minyak atas kanvas.Pernyataan popular
Syed Ahmad Jamal iaitu "kesenian Malaysia bermula sekarang!"
merupakan indikator penting kepada sebuah era baru seni lukis moden Malaysia
pada zaman itu.
Sebagai seorang seniman yang senantiasa mengambil sikap (sehingga ke
akhir hayatnya), Syed Ahmad Jamal, walau dalam sosok fizikal yang kelihatan
'gentleman', tetap mempunyai pendirian teguh bila memperkatakan tentang isu-isu
yang berlegar dalam sfera sosial dan politik negara mahupun dunia.Kebangkitan
pelajar dan pemberontakan tenaga buruh di Paris demi perubahan sosial sewaktu
Revolusi Peranchis 1968, protes-protes pembantahan Perang Vietnam di merata
dunia, termasuk peristiwa berdarah 13 Mei 1969 di Malaysia merupakan antara
adegan-adegan utama yang menjentik naluri kesenimanan Syed Ahmad Jamal untuk
memberi respons secara visual.
Pelbagai tema dilukis. Antaranya tentang kemerdekaan, pembangunan
negara dan politik di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, perjuangan
Palestin, peristiwa politik 1998 dan tsunami pada 2004. Logo gerakan bukan
kerajaan ADIL, atau Pergerakan Keadilan Sosial yang ditubuhkan sebagai respons
tindakan-tindakan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas
timbalan perdana menteri dan pemimpin Umno mendapat kecaman pihak parti
kerajaan.
Dalam memperkatakan dan melihat hasil karya Syed Ahmad Jamal, kita
terpesona akan kehebatan beliau dalam mengolah serta memainkan warna dan
bentuk-bentuk tiga segi yang berpaksikan semangat ‘fiction’ kisah lagenda
puteri gunung Ledang, Gunung Fujiyama dan sebagainya. Disamping memaparkan
unsur jiwa keislaman dalam tampak wadah ‘contemporary’, sebagaimana kenyataan
beliau “My works have an Islamic soul and a contemporary form.” – Syed Ahmad
Jamal – (Ooi Kok Chuen, 2009 Sunday Times).Antaranya juga, Syed Ahmad’s landscape
and (early) portrait paintings were stamped with his personal input and style,
with traces of analytical Cubism and Abstract Expressionism, before his art
matured into a kind of sublimal Symbolism.
Terutama semasa beliau memulakan langkah awal sebagai ‘Specialist
Teachers Training Institute as principal (1965-73) before he did his master’s
in Art History at the University of Hawaii, Honolulu, in 1973. He studied
Philosophy in Islamic Art at Harvard in 1974 and that led to the subtle
infusion of Islamic elements in his art, helped in part by the resurgence
sparked by Ayatollah Khomeini in the early 1980s. Examples of such works are
Tawaf (1986), Ruang Qiblat (2004) and Arafah (1999). (Ooi Kok Chuen, dalam
SundayTimes Oct 4, 2009).
Beliau telah didedahkan dengan pendidikan dari dunia barat iaitu di
Britain, at the Birmingham School of Architecture (1950) and the Chelsea School
of Art (1951-55) dan di Amerika Utara “where he studied sculpture at the School
of the Art Institute of Chicago, from 1963 to 1964. There, he was struck by the
works of Clyfford Still (1904-80), Mark Rothko (1903-70) and Hans Hoffmann
(1884-1966) (Ooi Kok Chuen dalam Sunday Times, October 4, 2009).
Berlandaskan akan latarbelakang tersebut sudah pasti beliau mempunyai
pengalaman luas dalam selok belok senilukis samada pada peringkat negara dan
antarabangsa. Retrospektif beliau kali ini merupakan kemuncak kerjaya
senilukisnya sebagai seorang seniman yang begitu komited mengenai visi seninya.
Walaubagaimanapun, apa yang tertariknya di sini, saya ingin mengambil
akan ungkapan Ismail Abdullah bahwa jika melihat karya SAJ adakah kita
menikmati kepuasan daripada bentuk dan warnanya yang garang dan berseri sahaja?
Sebagai contoh, sebuah karya lukisan SAJ
Gunung Ledang, walaupun dalam bentuk abstrak. Namun memiliki simbol melalui
warna dan bentuk geometri yang cuba dikaitkan dengan legenda puteri gunung
ledang di Melaka. Lukisan abstrak ini mempunyai elemen visual yang menyatakan
pandangan pelukisnya melalui aspek tampakan yang diadun secara halus dan
bijaksana.
Karya lukisan abstrak expressionisme ini berjaya membayangkan perasaan
seseorang yang hendak meminang puteri berkenaan dalam kisah lagenda sultan
Melaka. Lukisan ini memaparkan mesej yang berfokus kepada kisah berkenaan.
Namun pembacaan terhadap mesej ini amat sukar difahami memandangkan karya ini
adalah sebuah karya abstrak yang rupa bentuk visualnya amat arbitrari dan
kabur, tidak jelas ikon dan simbolnya. Lukisan ini tidak memaparkan kod atau indeks
visual yang mempunyai rujukan yang jelas dalam sistem perlambangan budaya
Melayu. – (Ismail Abdullah 2009 – Seni Budaya Media dan Konflik JatiDiri)
Kenyataan Ismail Abdullah (IA) membawa kepada persoalan yang jelas
mengenai penggunaan kodifikasi serta pemaparan representasi SA Jamal mengenai
seni yang ingin dibawanya. Mengikut SAJamal, “As a painter, I want to capture
the essence and immortalize it in painting.” Soalannya, bagaimana beliau
membina permasalahan ‘the essence’ dalam suatu permukaan catan yang terhad,
daripada suatu lagenda melayu yang besar. Adakah ‘the essence’ yang diucapkan
oleh beliau hanya sekadar membina fakta-fakta teks yang berlambangkan bentuk
tiga segi (gunung) yang diimaginasikan dapat membina sebuah naratif visual yang
tepat? Benarkah fakta-fakta teks visual tersebut bersifat begitu? Kalau benar,
bagaimana fakta teks dari filem Puteri Gunung Ledang, karya Tiara Jacquelina
dengan simbol visual yang dimainkan oleh SAJamal. Apa lebih dan apa kurangnya,
sebagai suatu karya visual?
Adakah karya maha agong SAJamal berupaya membina sejarah seninya
berbanding cereka Tiara dalam wadah visual yang lebih efektif? Adakah sudah
cukup lambang-lambang yang digunakan SAJamal sebagai suatu essence bagi
keseluruhan penceritaan teks melayu yang besar itu?
Tetapi apa yang dapat dilihat dari rencana visualnya, SAJamal begitu
mahir dalam memercikan lapisan pelbagai warna-warni dalam dimensi formasi
visual yang boleh dianggap sebagai ‘immortalize’ pada setiap karyanya. Mungkin
dalam kaedah ini beliau berjaya, terutama dalam karya beliau yang awal, kerana
pengaruh Rothko.M, Clyfford Still dan Hans Hoffmann begitu jelas diadaptasinya
sebagai suatu perencanaan visual seperti catan Jendela di Angkasa (1969).
Warna sebagai subjek yang meliputi seluruh ruang kanvas berjaya
menangkap perspeksi dalam formasi kotak empat segi melintang, lantas membentuk
perimbangan visual serta dilorek dengan fragmen-fragmen yang terapong memberi
‘myth’ dan tanda tanya secara saikologikal, seperti Rothko dan kawan-kawanya
dalam aliran abstrak ekspressionisme.
Mungkin dalam kontek ini Syed Ahmad Jamal berupaya membawa aliran tersebut
kedalam jiwanya dan mampu diterjemahkan sebagai seorang melayu! Tetapi dalam
bahasa yang lebih universal. Sebagaimana kenyataan beliau, “I found American
paintings bolder and of a larger scale, and they have no reference to any
discernible objects, like a tree. It was ground-breaking, not only in terms of
size, but I was able to handle the space. I managed to overcome the fear of
(big) space, and juggled to find a balance between forms and space,” (Ooi Kok
Chuen, 2009).
Gambar di atas : Antara karya-karya beliau yang pernah mencuri tumpuan
peminat-peminat.
Namun apa yang kita dapati daripada
kenyataan nya, beliau seolah masih berpegang kepada aturan bentuk mujarad yang
diadunkan secara formal. Kejelasan beliau mengenai kodifikasi fragmen-fragmen
mujarad tersebut masih tidak jelas samada dalam konteks abstrak ekspressionis
atau jiwa melayunya, terutama nada islam yang dijelaskan. “My works have an
Islamic soul and a contemporary form.” (Ooi Kok Chuen, 2009).
Bagaimana beliau menterjemahkan tanda-tanda tersebut, lebih-lebih lagi
dalam cerekarama visualnya melalui siri-siri Gunung Ledangnya? Bagaimana pula
semangat beliau dalam teks Rupa dan Jiwa dalam hal ini? Adakah teks tersebut
hanya sekadar sebagai suatu dokumentasi objek sejarah yang mengagongkan rupa
bendanya sahaja atau daripada rupa jiwanya? Lebih lagi dalam kaitan beliau pada
aliran Abstrak Ekspressionism?Bagaimana SAJamal melihat akan perkara tersebut?
Terutama dalam nada kontemporari yang diucapkan? Apa bezanya karya beliau yang
dahulu kepada yang terkini. Adakah Syed Ahmad
Jamal masih mahu meretrospektif dalam gaya yang serupa?
Dalam kenangan:
Syed
Ahmad, 81, meninggal dunia pada Sabtu. Allahyarham meninggalkan isteri Datin
Halimah Mohd Noor, 69, dan dua anak lelaki iaitu Syed Nurlhaq, 35, dan Syed
Nabil, 39.
boleh x senarai kan pelukis catan dan pelukis lukisan dengan karya dia sekali .
ReplyDeletePn. blh x bgithu ape tajuk music nih sy suke lh
ReplyDeleteterima kasih sambil melihat contoh catan sy jg terhibur mndgar l/b muzik
ReplyDeleteAssalam puan sy minta bantuan sgt.sy bukan cg seni tapi saya dapat mengajar PSV utk F1 dan F3.apa yg sy nk ajr sy pun xberseni,tlg ye pn.apa yg sy perlu buat utk mengjr drii sy sblm sy nk ajr pljr sy.
ReplyDeleteajar diri sendiri dulu
Deletecatan dan lukisan itu samakn.
ReplyDeletepandai pandai hidup
ReplyDeleteMacam mana karya catan dikomersialkan???
ReplyDeletemantul
ReplyDeletemantul
ReplyDeleteMantwap
ReplyDeleteMantop terbaik!!!
ReplyDelete