Lukisan adalah karya
seni yang proses pembuatannya dilakukan dengan meletakkan pewarna
"pigmen" cair dalam pelarut (atau medium) dan agen pengikat (lem)
kepada permukaan (penyangga) seperti kertas, kanvas atau dinding. Ini dilakukan
oleh seorang pelukis; definisi ini digunakan terutamanya jika ia merupakan
karyanya. Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan
tulisan. Sebagai contoh lukisan-lukisan yang berada di gua-gua tempat tinggal
manusia pra sejarah. Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang
dihasilkan oleh manusia purba. Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti
kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan. Di Malaysia lukisan gua
telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak.
Contoh
lukisan yang dijumpai di Gua Tambun, Ipoh Perak
Kebanyakan karya lukisan
di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan
dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama,
iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang
mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.
Lukisan adalah proses
yang ringkas dan cepat untuk merakam idea dan imej secara visual selepas
pemerhatian rapi dibuat. Garisan, titik–titik , lorekan dan gurisan digunakan
untuk merakam idea atau imej diatas kertas atau apa saja permukaan yang rata.
Lukisan juga boleh diubahsuai atau diperkembangkan untuk membentuk hasil seni
yang lain. Catan, cetakan, arca, seni grafik dan kraftangan adalah bermula daripada
lukisan ringkas yang juga dikenali sebagai lakaran. Lukisan yang dihasilkan
menerusi pengamatan, kajian dan imaginasi akan menghasilkan karya seni yang
kreatif. Jadi, latihan yang banyak akan dapat melatih dan meningkatkan lagi
nilai lukisan. Pemerhatian yang rapi dan teliti akan membolehkan seseorang
pelukis merakam imej atau objek yang lebih bermakna lagi. Objek yang terdapat
disekeliling kita samada objek semulajadi atau buatan manusia boleh dijadikan bahan
dalam lukisan. Had masa melukis adalah tidak berapa penting. Biasanya, lukisan
yang ringkas yang hanya memerlukan masa selama 10 minit mampu mengandungi
maklumat yang mencukupi untuk menghasilkan karya seni yang menarik . Lukisan
yang menarik biasanya ialah hasil lukisan pelukis yang berminat atau mempunyai
minat yang mendalam dalam berkarya. Objek yang dilukis kadangkala tidak
semestinya menarik minat pelukis tetapi proses melukis serta kaedah baru
seseorang pelukis melukis objek memperkembangkan lukisannya.
TEKNIK-TEKNIK
LUKISAN
Antara teknik-teknik
yang digunakan dalam menghasilkan lukisan termasuklah :
1. Teknik garisan
2. Teknik
conteng/coreng(scribble lines)
3. Teknik
gosok
4. Teknik titik ( dots )
5. Teknik
lorek ( shading )
6. Teknik
campuran
CONTOH-CONTOH KARYA ( LUKISAN CAT
AIR )
rasa macam nak jadi student balik.....mesti best..congrats
ReplyDeleteBest content & valuable as well. Thanks for sharing this content.
ReplyDeleteApproved Auditor in DAFZA
Approved Auditor in RAKEZ
Approved Auditor in JAFZA
i heard about this blog & get actually whatever i was finding. Nice post love to read this blog
Approved Auditor in DMCC
Good luck & keep writing such awesome content.
ReplyDeleteVirgin Linseed Oil BP
flaxseed oil
Gambling in India - Mapyro
ReplyDeleteCompare best Indian gambling sites 서산 출장샵 & 경상북도 출장안마 betting guides for Indian 의왕 출장안마 betting in 2021. With Indian betting 안양 출장마사지 in 2021, there are plenty of Indian betting 의왕 출장안마 sites that