UKIRAN KAYU
PENGENALAN
Ukiran kayu
atau
di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam
masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir akan memperkenalkan
teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi.
Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu,
memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan
menggunakan pemahat dan pisau wali.
SEJARAH UKIRAN KAYU TRADISIONAL
Ukiran
merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di
Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah
Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500
tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang
istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman.
Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam
memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran.
Hingga kini peninggalan
istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang
diterapkan pada istana-istana tersebut. Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni
ukiran kayu orang Melayu paling ketara pada binaan rumah tradisional terutama
di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan. Di negeri Kelantan, Terengganu dan
Pahang dan Kedah adalah negeri yang mempunyai pengukir dari turun temurun.
Dikata bahawa kebanyakan ukiran kayu adalah terpengaruh dengan motif ukiran
negara Siam, kerana pada suatu masa dahulu negeri ni di bawah pengaruh Siam.
Ini adalah berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan rumah-rumah lama
banyak persamaan dengan seni ukir negeri Siam. Tidak menghairankan kalau
dikatakan bahawa seni ukir di negara ini telah didatangi dari selatan negeri
Thailand iaitu Patani.
BENTUK-BENTUK UKIRAN
a.Ukiran Tebuk Tembus
Ukiran
tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk
dengan menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus
bentuk-bentuk bunga atau corak. Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu
ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.
Ukiran
tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar,
lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan
larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang
menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke
dalam serta yang tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah istilah
yang menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek.
Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri.
b.
Ukiran Bunga
Timbul
Ukiran
ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat.
Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada
kayu, ulu serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk.
c.
Ukiran Arca
Ukiran
ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur
kelapa, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran
timbul tetapi lebih halus dan kecil.
d. Larik
Melarik
merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik berbentuk
bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik. Ukiran
ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang
rumah dan sebagainya.
d.
Ukiran Kayu
Hanyut
Ukiran
ini di anggap masih baru. Ukiran idi diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf tangan
Malaysia. Ukiran ini hanya sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu hanyut
diukir pada bahagian-bahagian tertentu dan dibentuk menyelupai ikan, burung dan
sebagainya. Kayu induknya di ambil dari kayu atau akar yang terdapat dalam
sungai.
Ukiran kayu kini bisa dipelajari oleh setiap orang. Kemendikbud kayaknya sekarang sudah menerapkan kurikulum keterampilan mengukir kayu. Jika para guru/dosen/pelatih seni ukir membutuhkan alat ukir kayu, bisa kunjungi situs www.alatukir.com
ReplyDeleteternyata bukan di Jepara saja yang bisa mengukir..
ReplyDeletesaya sangat salut melihat keunikan dan keragaman ukiran akan makna sebagai saksi bisu perjalanan budaya di dunia
salam kenal dari kami www.furnitureindahjepara.com
As stated by Stanford Medical, It is in fact the SINGLE reason this country's women get to live 10 years longer and weigh 19 kilos less than we do.
ReplyDelete(And actually, it is not related to genetics or some secret exercise and absolutely EVERYTHING related to "HOW" they eat.)
P.S, What I said is "HOW", and not "WHAT"...
TAP on this link to reveal if this brief test can help you release your true weight loss potential