Powered by Blogger.

Tuesday 25 June 2013

Kraf Tradisional - Tekat

KRAF TRADISIONAL

TEKAT
Pengenalan

Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat.

Sejarah dan Perkembangan

Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan penggunaan sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka.

Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang banyak sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Terdapat beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh pandai tukang menekat. Antaranya ialah tekat timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada.

Pada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama pertumbuhan kraf seni tekat.Ramai pandai-pandai tukang tekat dijaga oleh pihak istana. Ini adalah kerana kelengkapan istana memerlukan tekat benang emas. Tekat benang emas menampakkan kemewahan dan keagungan. Ramai pandai tukang pada masa itu membuat tekat untuk kegunaan istana. Secara langsung istana telah menggalakkan kraf tangan seni tekat. Setelah wujudnya Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia,perusahaan menekat dimajukan lagi dengan program-program latihan, promosi, ciptaan yang baru, galakan pengeluaran dan menjual hasil ke luar negara. 
Tekat terus berkembang dengan hasil mutunya yang terjamin.


Promosi yang dijalankan pada masa sekarang oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Perbadanan KemajuanNegeri Perak dan industri pelancongan telah mendorong tukang sebu untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan yang lebih bermutu dan berterusan. Secara langsung, kehalusan dan keunikan seni tekat dapat membantu memperkenalkan mutu seni tersebut kepada masyarakat tempatan dan pelancong luar. 


   PERALATAN TEKATAN 

1
. Pemidang Kayu - digunakan untuk meregang kain dasar bagi memudahkan sulaman di samping mengelakkan kedutan atau lipatan. Ukuran pemidang bergantung pada lebar kain dasar atau jenis barang yang hendak dihasilkan.

2. Cuban[laola] - ialah jarum besar untuk melilit benang emas atau perak. 

3. Benang - digunakan untuk menekat. Biasanya benang emas, benang perak, benang putih atau benag kapas dan benag pelbagai warna. Benang yang digunakan ini adalah sama dengan benaang untuk membuat songket. Benang emas dan perak digunakan sebagai benang hiasan manakala benang putih digunakan untuk mengetatkan kedudukan tekat emas pada mempulur. Benang petih tidak kelihatan pada permukaan kain.

4. Irasan atau Kain Dasar - Kain yang sesuai untuk membuat kain dasar ialah yang berwarna terang. Kain baldu berwarna merah dan biru paling banyak digunakan oleh para penekat di sampin warna merah tua, merah pulasan, biru tua, ungu, hijau dan hitam. Kain baldu ini dilapisi dengan sehelai kain kapas putih yang berfungsi untuk mengukuh dan mengemaskan sulaman benang.

5. Mempulur - digunakan sebagai bentuk atau struktur utama. Mempulur dibuat daripada rotan sega, kertas tebal dan gam.

TOKOH TEKAT

1. Ahdijah bt. Hasim

Ahdijah b. Hasim adalah seorang tokoh kraftangan tekat yang telah dipilih oleh Perbadanan Kraftangan Malaysia. Beliau juga dilantik sebagai Adiguru kerana kepakaran dalam bidang tekat. Beliau mula belajar menekat daripada Ibunya bernama Anatishaah bt. Bilai Din juga seorang tokoh tekat di Kuala Kangsar, Perak. Beliau juga banyak menerima tempahan tekat antaranya ialah daripada Sultan Perak, Sultan Johor, Sultan Selangor dan Baju penabalan Yang Di Pertuan Agong.

2. Hajah Azizah bt. Mohd Yusof

Hajah Azizah berasal dari Kg. Panang Changkat, Bukit Candan, Kuala Kangsar Perak. Kemahiran menekat adalah di warisi dari ibu dan warisan keluarga sejak turun temurun. Sekarang beliau menumpukan sepenuh masa dalam perusahaan menekat. Sebelum ini beliau adalah seorang jurulatih di Perbadanan Kraftangan Cawangan Perak. Beliau pernah mewakili negara ke Jepun, Arab saudi dan Brunei untuk membuat demontrasi

JENIS-JENIS TEKAT

1. Tekat Timbul Bunga Emas

Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif.Mempulur ialah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas akan menutupi mempulur di atas kain baldu.

 2. Tekat Gubah

Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan. Pandai tukanghanya menyulam dan membentuk corak motif melalui benang merah yang dipanggil  benang untina. Hiasan corak tekat gubah diiringi dengan labuci dan manik-manik. Kain dasar tekat gubah adalah dari kain biasa. Kegunaan gubahan tekat ialahmenghiasi tudung saji, tepak sirih, kasut pengantin, sejadah, penutup pahar, peralatan upacara perkahwinan, lemudi pintu, pakaian diraja dan sebagainya.


(Bahan asas penting untuk mencipta tekat ialah benang emas, benang putih dan kain dasar dari jenis kain baldu. Di samping itu terdapat juga bahan dari rotan sega, kertas tebal dan kanji (gam) yang digunakan untuk mempulur. Penggunaan mempulur akan menjadikan bentuk sulaman timbul. )

PROSES MENEKAT

1    1. Proses pertama ialah membentuk empulur. Bentuk motif dilukis di atas beberapa helai kertas yang dilekat tindih antara enam hingga lapan helai.
       2. Kemudiannya bentuk motif ini dipotong dan diasingkan. Lebar tiap-tiap batang mempulur kertas dibuat antara 0.5 sentimeter dan 0.25 sentimeter. 


    3.   Mempulur daripada kertas digunakan untuk membentuk motif tumbuhan dengan gaya organik. Corak yang terhasil daripada mempulur rotan sega bercorak banji atau corak kisi-kisi dan corak dangai atau catur.


     4.Seterusnya, kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang berbulu halus dan berkilat ditegangkanpada pemidang kayu. Kain baldu yang selalu digunakan daripada warna gelap seperti merah pulasan, merah tua, ungu, hijau tua dan hitam.
2    5.Pemidang kayu pula ada dua jenis iaitu pemidang berkaki dan tanpa kaki. Ukuran pemidang bergantung kepada reka bentuk yang diingini.
3   6.Baldu yang ditegangkan pada pemidang disambungkan dengan kain putih yang diikatkan ke bingkai pemidang. Oleh itu, baldu n menjadi tegang. 
1       7.Selepas itu, benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui jarum yang sedang matanya. Ukuran jarum menentukan ikatan supaya tidak meninggalkan kesan lubang pada kain dasar.
2      8.Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari bawah batang mempulur. Ikatan benang putih mestilah ketat dan kukuh. Setiap kali merentas, benang-benang emas haruslah disusun rapat-rapat supaya batang mempulur tidak kelihatan dari atas. 
3      9.Sulaman akan kelihatan lebih teratur dan kemas.

MOTIF SENI TEKAT

1.MOTIF FLORA -

Motif flora sangat digemari di samping motif fauna dan geometri. Tumbuhan menjadi pilihan ialah tumbuhan menjalar, terutamanya bunga, daun, akar menjalar dan kudup bunga.
Motif tumbuhan ini dimanipulasi dan diubahsuai menjadi variasi yang menarik. Contoh motif flora yang biasa digunakan ialah bunga cempaka, bunga asam batu, bunga bakung, bunga bercula kelopak pecah lapan, bunga kenanga, bunga pecah lima, bunga raya, bunga teratai, bungan atau buah delima, daun bunga jermin, daun keladi, daun peria, daun atau buah padi dan daun atau pucuk paku.
2. MOTIF FAUNA

Motif haiwan yang kerap digunakan ialah ayam, itik, serangga dan unggas. Motif ini selalunya diolah atau digabungkan dengan motif flora.

3. MOTIF GEOMETRI

Motif geometri digemari kerana lebih mudah dan ringkas. Antara motif geometri yang popular ialah segi tiga pucuk rebung, segi empat, garisan lurus, swastika, gandaan huruf 'S' dan sebagainya.




Seni Tekat Melayu
Seni Tekat Masyarakat Cina Peranakan



Motif Hiasan

Mengutamakan motif flora.Sedikit rupa bentuk geometri dan unggas yang bergaya kesanawan larat.




Mengutamakan motif haiwan.Contoh: ular, naga dan ‘Hong’,sejenis ular yang besar dancantik. Motif unsur flora dankosmos sering digunakansebagai hiasan tambahan.



Reka Corak
Reka corakMotif-motif disusun tunggal(menggunakan satu motif sahaja)atau disusun secara menjalar seperti tumbuhan melata, atauberbentuk susunan awan laratsehingga menimbulkan kesankesatuan yang harmoni.Terdapat juga motif yang diulang-ulang menjadi corak dalambentuk panel.(a)Kain irisanKain baldu.

Susunan kelihatan menyeluruhdengan satu motif utama(biasanya haiwan) dikelilingimotif-motif kecil seperti awan,bunga, daun, kupu-kupu dansebagainya. Rupa geometriyang diulang-ulang seringdigunakan untuk hiasan tepiatau sebagai bingkai.Kain sutera dan kasa.



Wednesday 22 May 2013

PRINSIP REKAAN


PRINSIP REKAAN

Prinsip rekaan merujuk kaedah dan teknik susunan  atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual. Terdapat tujuh prinsip rekaan  , antaranya  harmoni , kontra , penegasan , imbangan , irama dan pergerakankesatuan, dan kepelbagaian .

1. Harmoni

* Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang
   sesuai dan seimbang. Harmoni tidak akan muncul jika tedapat ciri-ciri yang
   bercanggah.
* Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman , tenang , teratur
   dan damai.
* Aplikasi warna dari kumpulan yang sama dapat menimbulkan gambaran harmoni
   dalam sesuatu gubahan.
* Aplikasii prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang  sempurna

   pada pandangan.



 2. Kontra


* Kontra wujud apabila terdapat unsur-unsur seni yang bertentangan atau
   bercanggahan dalam sesuatu gubahan.
*  Aplikasi prinsip rekaan kontra akan menimbulkan daya tarikan, kerana ciri-ciri
   yang  bertentangan akan menimbulkan perbezaan.


 3. Penegasan


* Penegasan dalam konteks Pendidikan Seni Visual adalah merupakan sesuatu
  yang  boleh memberi tumpuan kepada pemerhatian tampak.
*.Penegasan pada  sesuatu objek pada alam semula jadi dapat berfungsi dengan
   sepenuhnya sekiranya objek tersebut dapat menarik perhatian seseorang.
*.Penegasan sememangnya dapat menonjolkan sesuatu unsur atau objek dalam
  sesuatu hasil karya yang dapat menarik perhatian.
*Aplikasi prinsip rekaan penegasan akan memberikan daya tumpuan yang lebih
 terhadap unsur seni tersebut.




 4. Imbangan


* Imbangan bermaksud keadaan yang berpadanan dari segi berat , tarikan , dan
   tumpuan perhatian.
*Aplikasi prinsip ini akan memberikan tumpuan yang sekata pada hasil karya dengan
  tidak membiarkan ruang kosong yang ketara.
*terdapat dua jenis imbangan :

1. Imbangan simetri – wujud apabila unsur-unsur yang ada pada bahagian kiri dan
    kanan atau atas dan bawah dalam satu komposisi itu sama. Aplikasi imbangan
    simetri akan menghasilkan kesan yang lebih stabil, kukuh dan kelihatan formal.

 2.Imbangan tidak simetri – wujud apabila sesuatu gubahan itu mempunyai unsur
    yang sama atau berlainan tetapi berbeza dari segi penampilannya



 5. Irama dan pergerakan.


* Irama dan pergerakan  ialah satu kesan ilusi yang wujud daripada perulangan
   susunan satu atau  lebih objek secara berterusan untuk menimbulkan harmoni
  Objek yang tersusun itu adalah objek utama dan berbeza dengan latar.
*Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan
  realistikterhadap sesuatu gubahan.
*Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dan sebagainya.        



   
6. Kesatuan.

* Kesatuan ialah penggabunggan prinsip rekaan dan unsur seni dalam usaha
  melahirkan sesuatu rekaan seni visual yang sempurna lagi baik.
*Penggabungan ini selalunya menjurus kepada tema dan idea yang sama yang
  Saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.
*Fungsi Kesatuan

  a. Menghasilkan karya yang lebih lengkap, teratur dan sempurna.
  b. Menimbulkan suasana yang tenteram dan selesa
  c. Menjadikan karya lebih menarik.
 d. Menjadikan karya penuh dengan unsur-unsur seni.

    CONTOH: Logo,ilustrasi,lambang,corak,komik,grafik dan lain-lain.


7. Kepelbagaian

* Kepelbagaian ialah hasil karya yang mempunyai penggabungan pelbagai  
  gaya,nilai dan idea,yang berbeza dalam sesuatu gubahan.
*Kepelbagaian merujuk kepada keadaan yang mempunyai penggabungan pelbagai
  gaya,nilai dan idea yang berbeza dalam suatu gubahan.
* Kepelbagaian dapat diwujudkan melalui aktiviti gayaan,perlanjutan dan kontra.
* Aplikasi prinsip rekaan kepelbagaian dalam karya seni visual dapat memberi
   gaya,variasi tenaga,dan daya tarikan bagi gubahan itu.
*Keadaan yang mempunyai penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang
   berbeza dalam sesuatu gubahan.
*Kepelbagaian dapat diwujudkan melalui aktiviti gayaan, lanjutan dan kontra.
*Aplikasi prinsip rekaan kepelbagaian dalam karya seni visual memberi gaya,
  variasi, tenaga dan daya tarikan bagi gubahan itu.
*Aplikasi prinsip irama dan pergerakan dalam kegiatan menggambar dapat
  menghasilkan irama dan suasana yang tertentu, gambar jadi lebih menarik,
  menimbulkan daya tarikan yang lebih menarik, menimbulkan kesan visual yang
  lebih hidup dan realistik.





                                     Rujukan daripada buku-buku dan muat turun daripada internet.

Thursday 11 April 2013

Lukisan

Pengenalan  Lukisan


Lukisan adalah karya seni yang proses pembuatannya dilakukan dengan meletakkan pewarna "pigmen" cair dalam pelarut (atau medium) dan agen pengikat (lem) kepada permukaan (penyangga) seperti kertas, kanvas atau dinding. Ini dilakukan oleh seorang pelukis; definisi ini digunakan terutamanya jika ia merupakan karyanya. Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan tulisan. Sebagai contoh lukisan-lukisan yang berada di gua-gua tempat tinggal manusia pra sejarah. Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba. Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan. Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak.  
   
Contoh lukisan yang dijumpai di Gua Tambun, Ipoh Perak

Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.
       


Lukisan adalah proses yang ringkas dan cepat untuk merakam idea dan imej secara visual selepas pemerhatian rapi dibuat. Garisan, titik–titik , lorekan dan gurisan digunakan untuk merakam idea atau imej diatas kertas atau apa saja permukaan yang rata. Lukisan juga boleh diubahsuai atau diperkembangkan untuk membentuk hasil seni yang lain. Catan, cetakan, arca, seni grafik dan kraftangan adalah bermula daripada lukisan ringkas yang juga dikenali sebagai lakaran. Lukisan yang dihasilkan menerusi pengamatan, kajian dan imaginasi akan menghasilkan karya seni yang kreatif. Jadi, latihan yang banyak akan dapat melatih dan meningkatkan lagi nilai lukisan. Pemerhatian yang rapi dan teliti akan membolehkan seseorang pelukis merakam imej atau objek yang lebih bermakna lagi. Objek yang terdapat disekeliling kita samada objek semulajadi atau buatan manusia boleh dijadikan bahan dalam lukisan. Had masa melukis adalah tidak berapa penting. Biasanya, lukisan yang ringkas yang hanya memerlukan masa selama 10 minit mampu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk menghasilkan karya seni yang menarik . Lukisan yang menarik biasanya ialah hasil lukisan pelukis yang berminat atau mempunyai minat yang mendalam dalam berkarya. Objek yang dilukis kadangkala tidak semestinya menarik minat pelukis tetapi proses melukis serta kaedah baru seseorang pelukis melukis objek memperkembangkan lukisannya.

TEKNIK-TEKNIK LUKISAN
Antara teknik-teknik yang digunakan dalam menghasilkan lukisan termasuklah :
1.       Teknik garisan
2.       Teknik conteng/coreng(scribble lines)
3.       Teknik gosok
4.       Teknik titik ( dots )
5.       Teknik lorek ( shading )
6.       Teknik campuran

       

CONTOH-CONTOH KARYA ( LUKISAN CAT AIR )


              
             
        

Friday 5 April 2013

Ukiran Kayu


UKIRAN KAYU

PENGENALAN


                
Ukiran kayu  atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.

SEJARAH UKIRAN KAYU TRADISIONAL

      Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran.

Hingga kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana-istana tersebut. Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu paling ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan. Di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dan Kedah adalah negeri yang mempunyai pengukir dari turun temurun. Dikata bahawa kebanyakan ukiran kayu adalah terpengaruh dengan motif ukiran negara Siam, kerana pada suatu masa dahulu negeri ni di bawah pengaruh Siam. Ini adalah berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan rumah-rumah lama banyak persamaan dengan seni ukir negeri Siam. Tidak menghairankan kalau dikatakan bahawa seni ukir di negara ini telah didatangi dari selatan negeri Thailand iaitu Patani.     



                                           
                                                     BENTUK-BENTUK UKIRAN


a.Ukiran Tebuk Tembus
                         
Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak. Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.

Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar, lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri.

b. Ukiran Bunga Timbul


                                          
Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat. Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada kayu, ulu serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk.

c. Ukiran Arca


Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur kelapa, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi lebih halus dan kecil.

  
d. Larik
Melarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya.


                       
d. Ukiran Kayu Hanyut
Ukiran ini di anggap masih baru. Ukiran idi diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf tangan Malaysia. Ukiran ini hanya sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu hanyut diukir pada bahagian-bahagian tertentu dan dibentuk menyelupai ikan, burung dan sebagainya. Kayu induknya di ambil dari kayu atau akar yang terdapat dalam sungai.
 







 

Total Pageviews

Plain White T's