Powered by Blogger.

Catan



APA ITU CATAN
Catan merupakan hasil seni bahantara warna pada permukaan yang rata seperti bahan legap seperti atau kanvas. Catan biasanya dihasilkan dalam bentuk dua dimensi sahaja. Bahan warna yang biasa digunakan untuk menghasilkannya ialah cat air, cat minyak, poster colour atau akrilik. Bahan pewarna dari tumbuh-tumbuhan pula seperti   kunyit, pinang, inai, senduduk juga boleh digunakan menghasilkan catan.  Selain dari pewarna dan berus, peralatan dan bahan-bahan lain yang menghasilkan catan bahan lain juga dibenarkan jika ia boleh memberi  kesan yang menarik dan menyeronokkan adalah digalakkan . Catan selalunya berfungsi menceritakan sesuatu peristiwa atau memberitahu sesuatu maksud, Catan juga membolehkan seseorang artis meluahkan perasaan dan merakamkan gambaran pemikiran melalui imej visual yang diterjemahkan dalam bentuk nyata atau abstrak.
Contoh-contoh catan


Seorang pelukis terkenal, iaitu Wassily Kandinsky menyatakan, “setiap seni mempunyai bahasa yang tersendiri, iaitu satu cara yang khusus bagi setiar catan. Setiap seni itu merupakan suatu yang lengkap dengar sendirinya dan hidup dalam alamnya yang tersendiri”. Biasanya bahan untuk catan cat air atau water colour banyak menggunakan air dan menggunakan pengilat gam Arab. Cat air bersifat lutsinar, ia juga boleh digelapkan sekiranya warna disapu beberapa kali atau tebal. Manakala catan cat Minyak pula menggunakan turpentine atau bahan pengilapnya ialah minyak linsid berfungsi mencairkan warna dan ia bersifat legap dan perlu dicerahkan sedikit demi sedikit. Catan cat akrilik pula menggunakan air, bersifat lutsinar dan legap juga boleh dicerah warnanya.

Antara pelukis catan di Malaysia ialah Allahyarham Dato’ Syed Ahmad Jamal


Datuk Syed Ahmad Syed Jamal (19 September 1929 - 30 Julai 2011) adalah seorang pelukis
tersohor di Malaysia. Beliau adalah pemenang anugerah Seniman Negara Malaysia 1995.
Syed Ahmad Jamal lahir pada 19 September 1929 di Bandar Maharani, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Tambatan Rendah (1936-1938), sebelum ke Sekolah Tambatan Tinggi (1939), Ngee Heng English School (1940), Bukit Zahrah English School dan English College, Johor Bahru sehingga 1949.
Dengan bantuan biasiswa Sultan Ibrahim, beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Birmingham School of Architecture (1950) sebelum mengambil keputusan mengikuti pelajaran seni di Chelsea School of Art, London (1951-1955).

Pada 1995 ,beliau dianugerahkan Hadiah Seni Negara. Pelbagai hadiah dan anugerah diterima sepanjang penglibatannya dalam seni lukis. Lukisannya ada dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.  Seterusnya dianugerah Seniman Negara. Dunia catan tanah air semenjak tahun 30-an hingga tahun 50-an didominasi gaya konvensional, Realis, Impresionis dan Ekspresionis. Pengaruh hasil kembara ilmu seni di luar negara mendorong Syed Ahmad Jamal berkarya stail Ekspresionis Abstrak dengan menggunakan idiom abstrak yang berasaskan kepada gerak isyarat (gestural) dan emotif. Dalam konteks Malaysia, beliau dianggap pelukis pertama yang menerokai catan non objektif melalui karya bertajuk "Umpan" (The Bait), sebuah karya agung yang dihasilkan pada tahun 1959.
Dalam karya ekspresi-emotif bersifat alegoris ini, pengaruh lukisan Cina, Barat serta khat Arabik jelas terpancar melalui sapuan deras berus yang melahirkan bentuk-bentuk kaligrafik mujarad. Penggunaan awal tulisan Jawi di dalam karya "Chairil Anwar" (1958) telah juga menjadikan Syed Ahmad Jamal sebagai pelopor seni lukis khat cat minyak atas kanvas.Pernyataan popular Syed Ahmad Jamal iaitu "kesenian Malaysia bermula sekarang!" merupakan indikator penting kepada sebuah era baru seni lukis moden Malaysia pada zaman itu.

Sebagai seorang seniman yang senantiasa mengambil sikap (sehingga ke akhir hayatnya), Syed Ahmad Jamal, walau dalam sosok fizikal yang kelihatan 'gentleman', tetap mempunyai pendirian teguh bila memperkatakan tentang isu-isu yang berlegar dalam sfera sosial dan politik negara mahupun dunia.Kebangkitan pelajar dan pemberontakan tenaga buruh di Paris demi perubahan sosial sewaktu Revolusi Peranchis 1968, protes-protes pembantahan Perang Vietnam di merata dunia, termasuk peristiwa berdarah 13 Mei 1969 di Malaysia merupakan antara adegan-adegan utama yang menjentik naluri kesenimanan Syed Ahmad Jamal untuk memberi respons secara visual.

Pelbagai tema dilukis. Antaranya tentang kemerdekaan, pembangunan negara dan politik di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, perjuangan Palestin, peristiwa politik 1998 dan tsunami pada 2004. Logo gerakan bukan kerajaan ADIL, atau Pergerakan Keadilan Sosial yang ditubuhkan sebagai respons tindakan-tindakan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas timbalan perdana menteri dan pemimpin Umno mendapat kecaman pihak parti kerajaan.
Dalam memperkatakan dan melihat hasil karya Syed Ahmad Jamal, kita terpesona akan kehebatan beliau dalam mengolah serta memainkan warna dan bentuk-bentuk tiga segi yang berpaksikan semangat ‘fiction’ kisah lagenda puteri gunung Ledang, Gunung Fujiyama dan sebagainya. Disamping memaparkan unsur jiwa keislaman dalam tampak wadah ‘contemporary’, sebagaimana kenyataan beliau “My works have an Islamic soul and a contemporary form.” – Syed Ahmad Jamal – (Ooi Kok Chuen, 2009 Sunday Times).Antaranya juga, Syed Ahmad’s landscape and (early) portrait paintings were stamped with his personal input and style, with traces of analytical Cubism and Abstract Expressionism, before his art matured into a kind of sublimal Symbolism.

Terutama semasa beliau memulakan langkah awal sebagai ‘Specialist Teachers Training Institute as principal (1965-73) before he did his master’s in Art History at the University of Hawaii, Honolulu, in 1973. He studied Philosophy in Islamic Art at Harvard in 1974 and that led to the subtle infusion of Islamic elements in his art, helped in part by the resurgence sparked by Ayatollah Khomeini in the early 1980s. Examples of such works are Tawaf (1986), Ruang Qiblat (2004) and Arafah (1999). (Ooi Kok Chuen, dalam SundayTimes Oct 4, 2009).

Beliau telah didedahkan dengan pendidikan dari dunia barat iaitu di Britain, at the Birmingham School of Architecture (1950) and the Chelsea School of Art (1951-55) dan di Amerika Utara “where he studied sculpture at the School of the Art Institute of Chicago, from 1963 to 1964. There, he was struck by the works of Clyfford Still (1904-80), Mark Rothko (1903-70) and Hans Hoffmann (1884-1966) (Ooi Kok Chuen dalam Sunday Times, October 4, 2009).

Berlandaskan akan latarbelakang tersebut sudah pasti beliau mempunyai pengalaman luas dalam selok belok senilukis samada pada peringkat negara dan antarabangsa. Retrospektif beliau kali ini merupakan kemuncak kerjaya senilukisnya sebagai seorang seniman yang begitu komited mengenai visi seninya.



                                   
Walaubagaimanapun, apa yang tertariknya di sini, saya ingin mengambil akan ungkapan Ismail Abdullah bahwa jika melihat karya SAJ adakah kita menikmati kepuasan daripada bentuk dan warnanya yang garang dan berseri sahaja?  Sebagai contoh, sebuah karya lukisan SAJ Gunung Ledang, walaupun dalam bentuk abstrak. Namun memiliki simbol melalui warna dan bentuk geometri yang cuba dikaitkan dengan legenda puteri gunung ledang di Melaka. Lukisan abstrak ini mempunyai elemen visual yang menyatakan pandangan pelukisnya melalui aspek tampakan yang diadun secara halus dan bijaksana.
Karya lukisan abstrak expressionisme ini berjaya membayangkan perasaan seseorang yang hendak meminang puteri berkenaan dalam kisah lagenda sultan Melaka. Lukisan ini memaparkan mesej yang berfokus kepada kisah berkenaan. Namun pembacaan terhadap mesej ini amat sukar difahami memandangkan karya ini adalah sebuah karya abstrak yang rupa bentuk visualnya amat arbitrari dan kabur, tidak jelas ikon dan simbolnya. Lukisan ini tidak memaparkan kod atau indeks visual yang mempunyai rujukan yang jelas dalam sistem perlambangan budaya Melayu. – (Ismail Abdullah 2009 – Seni Budaya Media dan Konflik JatiDiri)

Kenyataan Ismail Abdullah (IA) membawa kepada persoalan yang jelas mengenai penggunaan kodifikasi serta pemaparan representasi SA Jamal mengenai seni yang ingin dibawanya. Mengikut SAJamal, “As a painter, I want to capture the essence and immortalize it in painting.” Soalannya, bagaimana beliau membina permasalahan ‘the essence’ dalam suatu permukaan catan yang terhad, daripada suatu lagenda melayu yang besar. Adakah ‘the essence’ yang diucapkan oleh beliau hanya sekadar membina fakta-fakta teks yang berlambangkan bentuk tiga segi (gunung) yang diimaginasikan dapat membina sebuah naratif visual yang tepat? Benarkah fakta-fakta teks visual tersebut bersifat begitu? Kalau benar, bagaimana fakta teks dari filem Puteri Gunung Ledang, karya Tiara Jacquelina dengan simbol visual yang dimainkan oleh SAJamal. Apa lebih dan apa kurangnya, sebagai suatu karya visual?

Adakah karya maha agong SAJamal berupaya membina sejarah seninya berbanding cereka Tiara dalam wadah visual yang lebih efektif? Adakah sudah cukup lambang-lambang yang digunakan SAJamal sebagai suatu essence bagi keseluruhan penceritaan teks melayu yang besar itu?
Tetapi apa yang dapat dilihat dari rencana visualnya, SAJamal begitu mahir dalam memercikan lapisan pelbagai warna-warni dalam dimensi formasi visual yang boleh dianggap sebagai ‘immortalize’ pada setiap karyanya. Mungkin dalam kaedah ini beliau berjaya, terutama dalam karya beliau yang awal, kerana pengaruh Rothko.M, Clyfford Still dan Hans Hoffmann begitu jelas diadaptasinya sebagai suatu perencanaan visual seperti catan Jendela di Angkasa (1969).



Warna sebagai subjek yang meliputi seluruh ruang kanvas berjaya menangkap perspeksi dalam formasi kotak empat segi melintang, lantas membentuk perimbangan visual serta dilorek dengan fragmen-fragmen yang terapong memberi ‘myth’ dan tanda tanya secara saikologikal, seperti Rothko dan kawan-kawanya dalam aliran abstrak ekspressionisme.

Mungkin dalam kontek ini SAJamal berupaya membawa aliran tersebut kedalam jiwanya dan mampu diterjemahkan sebagai seorang melayu! Tetapi dalam bahasa yang lebih universal. Sebagaimana kenyataan beliau, “I found American paintings bolder and of a larger scale, and they have no reference to any discernible objects, like a tree. It was ground-breaking, not only in terms of size, but I was able to handle the space. I managed to overcome the fear of (big) space, and juggled to find a balance between forms and space,” (Ooi Kok Chuen, 2009).



Gambar di atas : Antara karya-karya beliau yang pernah mencuri tumpuan peminat-peminat.
Namun apa yang kita dapati daripada kenyataan nya, beliau seolah masih berpegang kepada aturan bentuk mujarad yang diadunkan secara formal. Kejelasan beliau mengenai kodifikasi fragmen-fragmen mujarad tersebut masih tidak jelas samada dalam konteks abstrak ekspressionis atau jiwa melayunya, terutama nada islam yang dijelaskan. “My works have an Islamic soul and a contemporary form.” (Ooi Kok Chuen, 2009).
Bagaimana beliau menterjemahkan tanda-tanda tersebut, lebih-lebih lagi dalam cerekarama visualnya melalui siri-siri Gunung Ledangnya? Bagaimana pula semangat beliau dalam teks Rupa dan Jiwa dalam hal ini? Adakah teks tersebut hanya sekadar sebagai suatu dokumentasi objek sejarah yang mengagongkan rupa bendanya sahaja atau daripada rupa jiwanya? Lebih lagi dalam kaitan beliau pada aliran Abstrak Ekspressionism?Bagaimana SAJamal melihat akan perkara tersebut? Terutama dalam nada kontemporari yang diucapkan? Apa bezanya karya beliau yang dahulu kepada yang terkini.  Adakah Syed Ahmad Jamal masih mahu meretrospektif dalam gaya yang serupa?

Dalam kenangan:




Syed Ahmad, 81, meninggal dunia pada Sabtu. Allahyarham meninggalkan isteri Datin Halimah Mohd Noor, 69, dan dua anak lelaki iaitu Syed Nurlhaq, 35, dan Syed Nabil, 39.
Pemergian Syed Ahmad sebagai satu kehilangan seorang seniman bertaraf antarabangsa, pendidik dan seorang yang mempunyai jiwa khusus untuk mendalami hal ehwal seni lukisan. Datuk Seri Rais Yatim pernah  berkata "Allahyarham bukan saja seorang seniman menerusi kaca mata lukisan tapi beliau juga seorang pendidik yang mempunyai persepsi kesenian yang amat mendalam. Sejarah hidup beliau penuh dengan intisari pencapaian yang amat tinggi.

1 comment:

  1. cikgu saya nak mnta tlonk..
    tolonk berikan saya jenis catan..

    ReplyDelete

 

Total Pageviews

Plain White T's