Powered by Blogger.

Anyaman


                                                           


Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut. Secara keseluruhannya seni anyaman tidak banyak perbezaannya, bergantung kepada bahan tumbuhan yang digunakan. Menganyam merupakan salah satu aktiviti kraftangan yang telah diamalkan oleh masyarakat sejak dahulu lagi, kebanyakannya menjurus kepada kepada barangan seperti tikar, bakul, kelarai dan tudung saji.
Wujudnya teknologi baru telah merubah dan menyebabkan lebih banyak barangan dicpta seperti perabot dan perhiasan diri.

 Sejarah dan Perkembangan Anyaman
Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.
Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Tokoh Anyaman Pandan dan Mengkuang
Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai seorang ahli kraftangan anyaman.

 LANGKAH ANYAMAN TIKAR
1. Bilah daun diletakkan bersilang dan bertindih di antara satu sama lain.
2. Hujung bilah (A2) dilipat keliling
3. Bilah daun baru ditambah (C)
4. Bilah daun baru ditambah (D) dan sebahagiannya bertindih dengan bilah (A)
5. Bilah (B2) dilipat ke atas melalui sebelah belakang bilah (C1-C2)
6. Bilah (B1) pula dilipat ke atas
7. Bilah (A1) dilipat ke bawah
8. Bilah (B2) dilipat ke bawah
9. Dua bilah baru ditambah (E dan F)
10. Bilah (C2) dilipat mengelilingi bilah (E)

11.Bilah (A1) dilipat ke atas dan bilah (D1) ke bawah



11.
CONTOH-CONTOH ANYAMAN
                                                 
                                                               Anyaman lidi

                                                               Anyaman mengkuang


                                                                 Anyaman buluh

                                                        Anyaman rotan


                                                              Anyaman daun sal

                                                             Anyaman daun pandan




4 comments:

  1. Assalamualaikum puan..boleh saya tahu tempat kraftangan anyaman yang ada? Kerana kumpulan saya dikehendaki membuat kajian lapangan tentang anyaman.jika puan ada maklumat, dengan jasa baik puan harap puan dapat menghubungi saya di nombor 0176893976..terima kasih

    ReplyDelete

 

Total Pageviews

Plain White T's