Powered by Blogger.

Wednesday 20 March 2013

Pendidikan Seni Visual - BATIK

Tahukah anda bagaimana sejarah batik bermula?
Batik ialah kraf tradisional yang unik dan amat terkenal di gugusan Kepulauan Melayu. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik pada kain yang bewarna atau bercorak.  Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. 
Sejarah batik di Nusantara termasuk Malaysia dikatakan bermula sejak zaman kegemilangan Kerajaan Majapahit pada Mula abad ke-12. Pedagang-pedagang dari kerajaan itu telah membawa hasil tenunan batik ke pelbagai wilayah di Asia Tenggara. Batik mula diperkenalkan di Malaysia khususnya di negeri Kelantan. Berdasarkan karya Munsyi Abdullah berjudul Pelayaran Abdullah, rakyat Kelantan telahpun memakai kain batik sarung yang diimport dari Indonesia sejak awal kurun ke-19 lagi.
Dalam tahun 1911 Haji Che Su bin Haji Ishak memulakan perusahaan Batik di kawasan Lorong Gajah Mati,Kota Bahru Kelantan.Rakan-rakan yang turut mengusahakan batik ini ialah Haji Awang,Encik Kundur, Haji Ahmad dan Haji Abas. Pada masa itu teknik pembuatan batik hanyalah  menggunakan teknik ikat dan celup dan dikenali sebagai Batik Pelangi. Pada masa itu kain di import dari Siam  jenis Kain Pereir sementara itu warna dibuat sendiri dengan menggunakan pewarna buah dan kulit kayu. Warna kain batik pelang hanyalah Biru dan hitam sahaja.
Pada tahun 1922 Haji Che Su telah mengeluarkan batik yang menggunakan blok kayu. Blok inilah yang dicelup ke dalam lilin cair untuk diterap pada kain putih.  Pada tahun 1926 kemasukan pewarna kimia dari Eropah telah membawa perkembangan Batik.  Reka corak batik mula dipengaruhi dengan reka corak Batik Indonesia disertai dengan nama batik dikomersilkan.

Bahan-bahan yang selalu  digunakan untuk menghasilkan teknik ikat celup ialah:
1. Kain sebaiknya kain kapas yang telah dibersih dan dikeringkan
2. Tali (tali rafia), benang, gelang getah
3. Batu, guli, duit syiling, kayu, biji saga dan sebagainya
4. Warna, dye (jenis remazol, dylon, primazine)
5. Bekas untuk pewarnaan (baldi)
6. Sodium silikat (pemati warna)
7. Sarung tangan
Di Malaysia, batik dihasilkan melalui beberapa teknik dan proses. Setiap teknik mempunyai cara dan identiti tersendiri. Teknik batik yang biasa dihasilkan ialah Batik Blok, Batik Skrin, dan satu lagi teknik membatik yang begitu popular dewasa ini ialah Batik Canting.
Batik Blok
Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.
Batik Skrin
Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpemidang.  Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.

Batik Canting
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat,dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.
 

Total Pageviews

Plain White T's